Semua Orang Boleh Belajar Bina Website!
Kelas Blog website wordpress
elementor
Bagaimana Anda Boleh Belajar Membina Laman Web Dengan Mudah?
Jom ikuti kursus wordpress elementor!
Anda tercari – cari satu kursus membina website yang mampu sertai?
Anda ingin mendapatkan ilmu Internet Marketing daripada yang berpengalaman?
Anda ingin ditunjukkan jalan bagaimana menghasilkan pendapatan 5 angka sebulan?
Anda ingin mempelajari WordPress dengan mudah dan cepat?
Anda sudah bosan dengan pendapatan yang tidak seberapa di Internet?
“Saya percaya sesiapa yang meluangkan masa secukupnya mampu membina laman web yang diinginkan.”
- Bagaimana Cara Berjaya Bisnes Online? Ada Website.
- Bagaimana Membina Web Profesional? Guna Page Builder.
- Bagaimana Mendapat Tempat Teratas Google? Teknik SEO.
Hadiri Kursus Dan Kuasai Kemahiran
Bersama tenaga pengajar
Sudahkah Anda Menguasai Kemahiran Membina Website Dengan Mudah?
Kemahiran membina website adalah sangat penting bagi seorang usahawan Internet. Jika kita tidak membina sebuah website, kita kehilangan satu teknik pemasaran Internet yang paling efektif iaitu menggunakan enjin carian (search engine). Namun, jika kita mendapat kedudukan ke page-5 contohnya, bukanlah sesuatu yang baik. Kita sekurang- kurangnya perlu mendapatkan ranking di page-1 atau page-2 untuk memastikan pelayar Internet berkunjung ke website kita.
Di dalam kursus WordPress + eMarketing, ianya bukan sahaja mengenai pembinaan website semata- mata. Ianya akan melibatkan teknik dan tool yang diperlukan bagi membina sebuah website dan juga perniagaan Internet yang berjaya. Pendapatan lima angka sebulan adalah sesuatu yang tidak mustahil dan kita boleh lakukan menggunakan pemasaran Internet.
Pastikan diri anda tidak bertangguh atau membuang masa lagi. Masa adalah lebih bernilai daripada emas. Anda perlu mendapatkan kemahiran membina website CMS WordPress & eMarketing bagi menjamin kejayaan anda di dalam perniagaan Internet. Sudah pasti, rahsia bagaimana kita boleh berjaya akan didedahkan di dalam merangka strategi pemasaran Internet yang berjaya. Hadiri kursus WordPress & eMarketing adalah satu kemestian kepada mereka yang ingin berjaya dan sudah bosan menjadi usahawan Internet yang biasa- biasa sahaja. Daftar dan tempahlah tempat anda di kursus WordPress & eMarketing anda sekarang!
Usaha Tangga Kejayaan, Masa Tidak Menunggu Kita
Tingkatkan ilmu it anda
Satu Kursus Pembinaan Website CMS WordPress & eMarketing akan diadakan Kursus ini adalah dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari pembinaan website dan Internet marketing.
Sesiapa sahaja yang biasa menggunakan laptop boleh menyertainya.Tempat adalah terhad kepada 12 orang sahaja, pastikan anda tidak melepaskan peluang ini. Sijil akan disediakan kepada peserta. Hubungi segera urusetia.
Siapakah yang sesuai menyertai kursus WordPress & eMarketing ini? Sesiapa sahaja yang biasa menggunakan laptop ataupun pc. Itu sahaja syaratnya. Tidak perlu ada latarbelakang pendidikan bahagian IT. Sesuai untuk semua.
*Siapa yang patut hadiri kursus WordPress + eMarketing ini?*
Pelajar
Suri rumah
Pekerja
Guru
Peniaga
Penggiat Online
Pengurus Syarikat
Pensyarah
Kakitangan kerajaan
Kakitangan swasta
Usahawan
Bekerja sendiri
Sesiapa sahaja yang berminat.
*Apakah yang anda dapat di Kursus WordPress ini?*
Diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas di dalam dunia online business.
Kelas dijalankan secara hands-on terus membina website anda sendiri.
Mempunyai website anda terus berada di Internet selepas kursus.
Kelas pembelajaran yang selesa dengan jumlah peserta yang sesuai.
Cadangan bisnes online yang terbukti berhasil kepada anda jika diperlukan.
Tempat pembelajaran yang selesa untuk pembelajaran optimum anda.
*Kenapa kita buat online business?*
Nak isi masa lapang beronline
Nak buat income tambahan bayar hutang cepat
Nak pergi melancong ke luar negara
Nak belajar dan menguasai ilmu Internet
Nak berhenti kerja dan hidup ditanggung income online.
Apabila kita ingin melakukan sesuatu, sudah pasti ada sebab kukuh kita melakukannya. Jika tidak ada sebab yang kukuh dan juga boleh diterima, mungkin perkara yang kita lakukan itu menjadi sia- sia. Oleh itu, kenapa kita belajar membina website menggunakan WordPress?
Ini adalah lapan sebab atau alasan kenapa kita belajar membina website menggunakan CMS WordPress.
1.Wordpress adalah CMS no 1 di dunia. Ianya mengatasi pelbagai CMS lain seperti blogspot, joomla dan drupal. Dengan menggunakan Google Trend , kita dapat lihat carta penggunaan CMS WordPress ini yang mengungguli kedudukan pada ketika sekarang.
2.Pelbagai template atau theme yang menarik boleh didapati dengan WordPress. Theme ini adalah berdasarkan tujuan dan tema website kita. Pelbagai theme yang percuma memenuhi kehendak. Ada juga theme premium yang boleh kita dapatkan dengan sedikit modal untuk menaikkan lagi seri website kita.
3.Plugin yang banyak melebihi jumlah 20 ribu. Pelbagai pilihan plugin dan widget kita boleh gunakan untuk website kita. Sudah tentu kita tidak menggunakan kesemuanya tetapi dengan adanya pilihan – pilihan ini, ianya membuatkan pembinaan website kita menjadi lebih mudah dan menepati kehendak. Pasti kita perlu memilih dengan teliti daripada beberapa plugin untuk sesuatu tugas.
4.Wordpress adalalah content management system yang amat mudah digunakan. Pasti kelebihan “user friendly” menjadi keutamaan. Dengan adanya langkah- langkah yang mudah dan tidak merumitkan, pengalaman membina website tidak memeningkan kepala. Dengan latihan yang cukup, sudah pasti kita teringin untuk membina lebih banyak website dengan WordPress.
5.ECommerce website boleh dibina dengan mudah dengan menggunakan woocommerce. Inilah kelebihan WordPress yang menjadi pilihan kepada kebanyak peniaga Internet. Sudah pasti, sesuatu yang nampak mustahil pada suatu ketika dahulu, kini dapat dibina dengan mudah oleh seseorang tanpa pengetahuan IT. Yang penting, ada minat untuk mendalami ilmu dan terus belajar dan pratikkan. Lalukan perniagaan dan jualan sebenar!
6.Kemaskini versi terbaru di WordPress dengan mudah. Jika CMS lain, ianya tidak dapat dilakukan kerana versi terbaru tidak sama dengan versi terdahulu. Theme atau plugin tidak sesuai dengan versi terbaru. Namun, ianya tidak terjadi di WordPress. Kita boleh upgrade versi wordpress tanpa ada kesulitan ke atas theme atau plugin yang sedia ada.
7.Rekabentuk responsif yang membuatkan paparan yang sesuai di mobile phone. Tidak dapat kita nafikan 70% orang sekarang melayari Internet dengan smart phone. Oleh itu, responsive design amatlah diperlukan dan ianya mudah disediakan di dalam WordPress. Kebanyakan theme WordPress sudah pun built-in responsif.
8.SEO adalah satu perkara yang amat penting di dalam pembinaan website. Ianya adalah penentu ranking sesebuah website di dalam enjin carian Google. Dengan WordPress, kita mudah meletakkan “enjin roket” SEO. Dengan plugin yang tersedia ada dan teknik – teknik kayakan keywords di dalam website kita amat mudah dilakukan dengan WordPress.
Begitulah kelebihan WordPress yang amat mendahului CMS lain. Pastikan kita tidak ketinggalan mempelajarinya di kursus-wordpress.com
Kenapa Kita Perlu Belajar Membina Website?
Dalam era digital ini, laman web telah menjadi elemen penting bagi bisnes online dan usahawan internet. Membina website yang baik dan profesional dapat membantu meningkatkan kredibiliti dan populariti perniagaan anda. Terdapat pelbagai platform pembinaan website, termasuk WordPress dan plugin pembinaan website seperti Elementor.
Membina website juga memerlukan pengetahuan teknikal yang cukup. Oleh itu, belajar membangunkan laman web melalui kursus boleh membantu meningkatkan kemahiran dan memastikan bahawa website yang dibina adalah berkualiti tinggi. Selain itu, belajar membangunkan website juga memberikan anda keupayaan untuk mengendalikan dan mengubahsuai laman web sendiri tanpa bergantung kepada pihak ketiga.
WordPress dan Elementor merupakan dua platform pembinaan website yang semakin popular. Dengan WordPress, pengguna boleh membuat website tanpa perlu mempunyai pengetahuan teknikal yang mendalam. Sementara itu, Elementor merupakan plugin pembinaan website yang membolehkan pengguna mencipta laman web yang lebih menarik dengan lebih mudah.
Dalam dunia perniagaan digital yang semakin kompetitif, membangunkan laman web yang baik dan berkualiti tinggi adalah kunci untuk menarik lebih banyak pelanggan ke dalam bisnes online anda. Oleh itu, belajar membangunkan website adalah langkah penting untuk kejayaan bisnes online anda.